I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 4, 2010

Musibah - Pengenalan



Salam Perjuangan!
Sahabat seperjuangan, kali saya nak buka satu lagi siri baru yang akan membincangkan satu tajuk yang cukup dekat dengan kita sebagai seorang pejuang iaitu Musibah. Apa itu musibah? Musibah adalah merupakan perkara yang tidak kita sukai seperti KESUSAHAN, KEMATIAN, KESAKITAN, KEMISKINAN, KETAKUTAN, KEGAGALAN, KESEDIHAN, BENCANA, MASALAH  dan macam-macam lagilah. Pendekata benda yg kita benci, tak mau, tak nak, tok se, tok mboh dsb.

Tetapi kenapa Allah SWT jadikan juga musibah ni? Allah SWT tak tahu ke kita ni benci sangat dengan makhluk yg bernama musibah? Jawapannya Allah SWT itu Maha Mengetahui, Maha Adil lagi Maha Bijaksana mana mungkin Dia tak mengetahui apa yang diturunkan kepada kita semua. Sehelai rambut yang gugur dari kepala kita pun dalam pengetahuan Allah SWT.

Sudah tentu ada sebab dan sudah tentu ada kebaikan. Jadi kita akan bincang tentang tajuk ini, kerana ia amat penting bagi mengetahuinya agar kita dipermudahkan apabila menghadapinya. Wassalam

0 comments: