Salam Perjuangan!
Sahabat, sememangnya musibah itu amat memeritkan tetapi ianya tidak datang bersendirian kerana bersama susah itu ada kesenangan. (Alam Nasyrah @ Surah Al-Insyirah) Jadi apa yang penting bagi kita adalah untuk menghadapinya. Sebelum itu kita lihat terlebih dahulu beberapa hikmah apabila terjadinya musibah. Setiap kali berlaku ujian keatas diri kita maka sudah pastinya akan mula mengingati Allah SWT. adakah benar kenyataan saya ini? Jika "Ya" anda maka bersyukurlah sekurang-kurangnya inilah masanya untuk kita kembali hampir kepada Sang Pencipta yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Jika "Tidak" maka baik sahabat semua berhati-hati kerana itu petanda kita sudah tidak dipedulikan lagi oleh Allah SWT.
Sahabat, ini bermakna musibah yang Allah SWT berikan kepada kita ini bertujuan untuk mengembalikan kita kepadaNYA. Mungkin di masa senang kita lupa kepadaNYA, mungkin masa senang kita leka dan alfa kepada perintah dan larangannya dan mungkin diwaktu senang kita lupa untuk beribadah kepadaNYA . Jadi inilah masanya untuk kita muhasabah diri sedalam-dalamnya dan mula untuk memperbaiki kesilapan kita, InsyaAllah Allah SWT akan memberikan jalan keluar.
Secara positifnya insyaAllah selepas keluar dari masalah atau musibah yg sedang melanda, kita akan menjadi seorang insan dan pejuang yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Percayalah sahabat musibah itu bukanlah hukuman tetapi merupakan tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita agar kita kembali ke landasan kebenaran InsyaAllah.
Sahabat, ayuh hentikan keluh kesah yg berterusan dan berpanjangan. Hentikan segera kerana ia akan membawa anda kearah yg lebih dahsyat lagi. Ayuh LUPAKAN dan tumpukan kepada strategi dan usaha kerana kita masih ada agenda yang sangat besar untuk dilaksanakan. Jangan biarkan diri kita duduk bersendirian tanpa hala tuju yang jelas. Jangan biarkan diri kita terus melayani perasaan kerana ianya banyak campur tangan syaitan yg mereka cerita yg bukan2. Teruslah bersama kumpulan kerana Nabi SAW berpesan orang yg duduk bersendirian mudah dibaham "Serigala". Kita sambung cerita musibah ini di posting yg akan datang. amin insyaAllah. Wassalam.


0 comments:
Post a Comment