I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 19, 2010

Musibah - Allah SWT Menguji



Salam Perjuangan!
 Selamat Berpuasa kepada semua pejuang-pejuang MyJ seluruh Malaysia. Semoga Semua dalam keadaan sihat wal afiat serta sentiasa bersemangat walaupun sedikit keletihan namun itu bukan alasan untuk kita menerus misi dan visi kita untuk menjadi jutawan beriman. InsyaAllah.

Sahabat! Musibah itu merupakan ujian dari Allah SWT untuk kita yang mengaku beriman kepadanya. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam ayat berikut

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Sahabat! Ujian ini merupakan satu kemestian dalam kehidupan kita. Ia benda wajib. Tidak ada satu manusiapun dimukabumi ini yang dapat lari dari ujian Allah SWT. Anak Muda mahupun Dewasa, Ibu Mahupun Bapa, Suami Mahupun Isteri, Anak Murid Ataupun Guru,  Pendekata siapa sahaja "PASTI" akan menerima ujian.

Kenapa masa zaman kita sekolah dahulu  ada UPSR, PMR , SPM, STPM dan sebagainya kerana nak menguji kebolehan, kepintaran, kepandaian, kecerdasan dan kecekapan kita. Ujian-ujian inilah yang menentukan kita layak untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Begitu jugalah dalam kehidupan kita, apabila Allah SWT menguji, sudah tentu untuk memastikan kita layak dan pergi ke satu tahap yang lebih baik lagi.

Sahabat, Abu Ubaidah Al Jarrah salah seorang dari 10 orang yang mendapat berita gembira dijamin Syurga oleh Allah SWT juga tidak terlepas dari ujian Allah SWT. Seorang sahabat yang sangat hebat tetapi diakhir hayatnya beliau menghidap penyakit kusta. Adakah Allah SWT tidak menilai perjuangan dan pengorbanan yang telah beliau lakukan? Itulah ketentuan, Qada dan Qadar Allah SWT demi untuk menguji iman hambanya.

Rasulullah SAW, juga tidak terkecuali dari menerima ujian dari Allah SWT. berbagai rintangan yg baginda tempuhi sepanjang usaha baginda  menegakkan dan menyebarkan Islam di muka bumi ini. sedangkan beliau merupakan kekasih Allah SWT.

Ini menunjukkan semua orang dimuka bumi ini akan menerima ujian dari Allah SWT. Jika dia seorang bapa mungkin diuji dengan kehilangan ahli keluarga. Jika dia seorang pejuang mungkin diuji dengan pengkhianatan dan sebagainya.  Jika dia seorang jurujual mungkin diuji dengan tiada siapa yg ingin membeli darinya. Begitulah sahabat2 ujian Allah SWT boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.



Sebagai pejuang MyJ, sudah tentu kita juga tidak terlepas dari ujian Allah SWT, mungkin takde "Sale", mungkin ditikam dari belakang (dikhianati), mungkin downline lari dan sebagainya. Namun apa yang lebih penting adalah bagaimana kita melihat, menerima, merancang  dan bertindak untuk menghadapi ujian tersebut. Dan apa yang lebih penting adalah sejauh mana iman kita kepada Allah SWT dapat membantu kita menghadapi ujian tersebut.

Sahabat, percayalah bukan kita seorang yang menghadapi masalah dan bukan kerana kita masuk myj maka kita diberi musibah. Tak kira dimana kita berada ujian Allah SWT pasti berlaku. Bersedialah untuk menghadapinya dengan hati yg terbuka dan REDHA dengan setiap ketentuan yg Allah SWT tentukan. InsyaAllah di posting yg akan datang kita akan bincangkan ganjaran yg Allah SWT sedia bagi orang yang REDHA apabila menerima Musibah atau ujian Allah SWT. Selamat Berpuasa .Wassalam  

0 comments: