I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 29, 2010

Tahniah! Buat Pejuang2 MyJ Sarawak


Salam Perjuangan!
Saya baru kembali dari Bumi Kenyalang bersama rombongan dari JB berbekalkan gegaran semangat sentiasa hangat  dari pejuang-pejuang MyJ di Kuching. Program pd hari pertama kami sampai adalah Program Amal / Sumbangan Sempena Konvensyen MyJ kali ke 3 peringkat negeri Sarawak. Program di rasmikan oleh Menteri Perumahan Dan Pembangunan Bandar Sarawak, YB Datuk Amar Abang Johari Hj Openg. Turut hadir adalah ADUN Pantai Damai YB Dr Abdul Rahman Junaidi yang telah diisytihar sebagai "AYAHANDA" MyJ Sarawak diatas sokongan tak berbelah bahagi beliau kepada MyJ.



Program di hadiri ramai pejuang MyJ dari sekitar Kuching yang telah memenuhi setiap pelusuk dewan tanpa ada kerusi yang kosong. Program ini berlangsung di sebuah Hotel Mewah bertaraf 5 bintang iaitu Hotel Merdeka Palace. Dan yang paling menarik bagi saya adalah bagaimana CDM A Hashim dan semua pejuang-pejuang MyJ Sarawak telah berjaya mengumpul sumbangan bernilai lebih RM 56K untuk disumbangkan kepada badan-badan kebajikan di sekitar Kuching. untuk melihat gambar2 semasa program sahabat boleh mengikutinya di Blog Ayahsu dan insyaAllah menerusi blog MyJ Sarawak yg bakal diaktifkan sedikit masa lagi.
 sekali lagi Tahniah! dan selepas ini kita ke Pantai Timur Pula. Tungguuu. 

0 comments: