Salam Perjuangan!
Jumpa lagi dalam siri bola oh bola FIFA World Cup 2010. Sahabat seorang juara bukan sahaja kelihatan hebat tetapi apa yang lebih penting adalah permainan dan persembahan yang lebih konsisten dan tersusun.
Sahabat! Jangan jadi seperti Jerman dan Argentina jaringan-jaringannya meletup-letup tetapi rupanya masih tak berupaya untuk mengatasi Sepanyol yang hanya menang dengan jaringan yang kecil tetapi tahap permainan yang jauh lebih konsisten, tersusun, menguasai permainan, semangat berpasukan yang tinggi dan akhirnya mereka mampu menjadi juara dengan mengalahkan pasukan-pasukan yang berkebolehan menjaringkan gol banyak seperti jerman dan portugal.
Sama dengan kita wahai sahabatku, usaha yang konsisten itu lebih penting walaupun pada ketika ini kita masih belum mencapai pendapatan yang tinggi berbanding dengan orang lain tetapi yang lebih penting adalah usaha yg konsisten, kestabilan rangkaian dan semangat berkumpulan yang tinggi. InsyaAllah suatu hari nanti apabila kita berada pd kedudukan JUARA maka hasilnya pasti dan sememangnya jauh BERBALOI. InsyaAllah.
Sahabat! istiqamahlah dlm perjuangan insyaAllah kita akan menjadi JUARA. Pastikan kita sentiasa bersama kumpulan atau jemaah supaya semangat sentiasa hangat. Jumpa lagi esok dengan sambungan Bola Oh Bola bahagian 3. Wassalam
0 comments:
Post a Comment