Salam Perjuangan! maaf lama tak update, bukan ape sedih sgt sebab oranje kalah....huu huu huu. sampai hari ni masih tak kering lagi air mata. hii hii hii. apapun semuanya dah selesai juaranye dah tahu naib juaranye pun dah tahu. tempat ketiga dah tahu, keempat pun dah tahu. Tahniah buat Sepanyol yang menjadi juara. Saya bukan ape teringat ke cdm hj yang cukup bangga kerana sebelum pusingan piala dunia bermula dia ada kedua-dua jersey Oranje & Spain sekaligus. Hii hii hii. tu yg sampai sekarang dia action tuh.
Saya pula yang paling teruja, masa dapat tahu bahawa sepanyol bawa balik RM 100 Juta . Fuuuh rupenye itulah ganjaran sebagai seorang juara. Sahabat! sebab itu kita mesti menjadi juara kerana ianya sememangnya amat BERBALOI. Walaupun terpaksa bekerja keras, walaupun terpaksa berkorban, walaupun terpaksa apa sahaja tetapi apabila kita menjadi juara kita pasti mendapat ganjaran yang bukan kepalangnya.
Sahabat! nak menang piala dunia pun kena berusaha! takkanlah nak jadi jutawan duduk diam goyang kaki kot? takkan kita tak faham2 lagi? Ayuh kita mulakan usaha kita dengan MyJ dan teruskan perjuangan untuk mengubah diri kita dari orang biasa kepada seorang juara.
Sahabat! Sepanyol bermula dengan kekalahan. Kalaulah Sepanyol tu macam kita yang baru ade masalah sket dah nak berenti saya pasti tidaklah dia menjadi juara. Jadi sahabat kitalah yang kene tiru Sepanyol yang tak berputus asa walaupun tewas dlm perlawanan pertama tetapi kembali bangkit pada perlawanan seterusnya hingga menjadi juara. Ayuh sahabat, mari kita memliki minda seorang juara.
Tunggu Sambungannya Hii Hii Hii kelakar plak rasanya citer pasal bola ni......tungguuuuuuu. wassalam

0 comments:
Post a Comment