Salam Perjuangan! jumpa lagi di dalam siri ke 3 Bola oh Bola. Jabulani, salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai pihak pada piala dunia baru2 ini. Bola kontroversi ini bukan sahaja tidak disukai oleh para penjaga goal malah turut mengundang kemarahan dikalangan kebanyakan jurulatih malah juga tidak begitu digemari oleh pemain-pemain penyerang juga.
Licin, sukar dikawal, kerap betukar arah, ringan dan macam2 lagilah. kan ape kalau saya tulis panjang lagi pasal jabulani ni sure korang terkujat-kujat menengoknya hi... hi... hi...nak senang citerlah si jabulani ni memang pembawa masalah pada dia orang ni. tu yg depa komplen macam2 tuh sampai FIFA terpaksa buat kajian. Tetapi yang peliknya masalah ini kurang diambil peduli oleh pasukan2 dari asia yang lebih mengambil pendekatan untuk mengatasi permasalahan tersebut dengan berlatih secara intensif untuk membolehkan mereka mengawal bola ini. dua situasi yg agak berbeza. akhirnya pasukan seperti Korea dan Jepun didapati lebih berjaya menghasilkan gol dgn sepakan-sepakan percuma .
Baiklah! Apa yang boleh kita pelajari dari kisah jabulani ini? Sahabat! peristiwa jabulani ni byk berlaku dalam perniagaan dan kehidupan kita. Ianya akan terus berlaku dan tidak akan berhenti sampai kita mati. Cara paling mudah untuk kita menghadapi masalah, kesulitan, kesukaran, kesusahan atau kekalahan adalah dengan menyalahkan orang lain. Itulah cara kita, tabiat kita memang suka menyalahkan orang lain.
Tetapi saya ingin bertanya kepada sahabat, apakah keuntungan yang kita perolehi apabila kita menyalahkan orang lain. Tiada! wahai sahabatku......yang pastinya kita takkan dapat selesaikan apa-apa dengan menyalahkan orang lain. tetapi ini tidak bermakna kita perlu menyalahkan diri sendiri. Jadi nak buat camne?
Ingat tak lagi tentang 4 A iaitu Formula bila kita menghadapi masalah. Ok mari kita selesaikan masalah kita dengan langkah berikut:-
A yang pertama adalah Accept. Perkara penting ini perlu anda kuasai ketika anda menyelesaikan masalah. Punca sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan adalah kerana kita tak pernah menerima keadaan yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu. kita selalu ingin menegakkan benang yg basah dengan bersikap "Nak juga benda yang kita NAK". selalunya masalah ini benda yang kita tak nak. Mana mungkin kalau kita tak redha dengan apa yang berlaku maka kita tak mungkin mampu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Jadi apa yang perlu dilakukan adalah dengan menerima setiap masalah yang kita hadapi dengan meyakini bahawa bersama setiap masalah itu ada kemudahan atau rahmat @ hikmahnya.
A yang kedua adalah Adjust selepas kita boleh menerima masalah tersebut kita atur strategi, kita lakukan perubahan, kita rancang dengan baik perubahan dan strategi untuk kita menyesuaikan diri kita dgn keadaan tersebut.
A yang ketiga Action iaitu kita laksanakan setiap perancangan yang telah kita atur tadi. Kita berlatih bersungguh seperti pasukan korea dan jepun.
A yang keempat Achieve , InsyaAllah kita akan capai apa yang kita hajati. RM 100 Juta seperti Sepanyol.
Renung2kan, fikir2kan dan laksanakan supaya kita tak digelar sebagai "Ahli Fikir Tak Bertauliah" Hii Hii Hii. Wassalam.

0 comments:
Post a Comment