Salam Perjuangan!
Sahabat semua mcm mana dengan 2 lirik lagu yg saya kemukakan? ada kaitan ? saya tak tahu korang tapi itulah luahan hati saya saat ini, dan saya rasa ia amat bermanfaat dan berharap korang juga dapat manfaat dari lirik lagu tersebut.
OK! kita kembali kepada kaedah nak mendapatkan semangat yang sentiasa hangat serta membuak-buak seolah-olah kita baru sahaja bermula. Dalam tulisan kali ini saya ingin menyentuh tentang perkara mudah iaitu Siapakah Kawan Kita? Emm Penting Sangatkah Bende Ni? Jawapan Saya Sangat-Sangat PENTING Kalau Kita Ingin Berjaya!. Kenapa?
Sahabat! pepatah Melayu ada mengatakan "Enggang Sama Enggang, Pipit Sama Pipit" dan Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Seseorang akan dikumpulkan bersama kawan karibnya (atau seseorang akan dikumpulkan bersama siapa yang dicintainya”. (Hadis riwayat Ibn Mas’ud)
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Keadaan hidup seseorang sesuai dengan sahabat karibnya, maka hendaknya setiap orang memerhatikan siapa yang dijadikan sahabat.” (Hadis riwayat Bukhari)
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:
“Perumpamaan teman berbincang yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Adakalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya.” (Hadis riwayat Muslim)
Begitulah pentingnya kawan dalam kehidupan kita, kawan atau orang disekeliling kita merupakan cermin kepada watak atau sifat kita. Ini bermakna jika kebanyakan dari kawan kita adalah orang-orang yang negatif maka kita sebenarnya lebih cenderung ke arah negatif sebaliknya jika disekeliling kita adalah positif maka itulah bayangan diri kita. Kenapa Begitu? Ini adalah kerana orang yang positif tak mungkin suka berkawan dengan prang yang negatif begitulah juga sebaliknya. Jadi cuba perhatikan kawan-kawan disekeliling kita, jenis apakah mereka negatif atau positif? Maka itulah gambaran diri kita.
Sahabat! jika kita memiliki kawan2 yang positif maka sahabat kena bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana ia telah mengurniakan kepada kita satu anugerah yang sangat besar. sebaliknya jika disekeliling kita adalah kawan-kawan yang lebih banyak negatif dari positif maka Islam mengajar kita agar meninggalkan golongan ini kerana ia lebih membawa keburukan kepada kita berbanding kebaikan. Sampai bila kita nak tinggalkan mereka ini ? sehingga mereka tidak lagi berbicara tentang perkara2 negatif tersebut.
Jadi tunggu apa lagi wahai sahabat semua, JOM BERTUKAR! bertukar apa? bertukar kawan dari negatif kepada positif. dari positif kepada lebih banyak positif. Boleh? Boleh Tak Boleh, Mesti Boleh. Apa kaitan antara Pilih kawan ni dengan semangat? Kawan yang baik bukan sekadar ia sentiasa bersemangat tetapi aura atau semangatnya itu mengalir pula kepada insan-insan disekeliling mereka. Jadi kalau sahabat nak terus-terusan bersemangat formulanya mudah sahaja berkawanlah dengan mereka yang sentiasa bersemangat dan yang sentiasa positif. Boleh? Pasti Boleh! InsyaAllah!
Ayuh Sahabat semua jangan berada jauh dari kumpulan kerana sahabat semua akan mudah dimakan serigala sebaliknya sentiasa bersama kumpulan insyaAllah semuanya akan selamat, kukuh, kuat dan semangat sentiasa hangat samapai bila-bila.
Ayuh Sahabat semua jangan berada jauh dari kumpulan kerana sahabat semua akan mudah dimakan serigala sebaliknya sentiasa bersama kumpulan insyaAllah semuanya akan selamat, kukuh, kuat dan semangat sentiasa hangat samapai bila-bila.
Ok! Setakat itu dahulu semoga semua mendapat manfaat dari apa yang ingin saya sampaikan ini. dan doakan saya sentiasa bersama korang hingga ke akhirnya. InsyaAllah.

0 comments:
Post a Comment