I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 20, 2010

Pesanan Untuk Semua Set2 "Oranje" (Faham2kan)


DURBAN – Belanda membuktikan betapa mereka hadir pada kempen Piala Dunia 2010 dengan reputasi sebagai pasukan pilihan.

Semalam, skuad The Oranje itu meraih tiga lagi mata berharga selepas menewaskan Jepun 1-0 dalam pertemuan Kumpulan E di Stadium Moses Mabhida.

Selepas menang 2-0 ke atas Denmark pada aksi pertama, Belanda kini mendahului kumpulan dengan enam mata manakala Jepun pula kekal tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Cameroon.

Pada aksi semalam, Belanda dilihat lebih banyak menguasai permainan dan mengasak kubu skuad The Blue Samurai itu yang banyak bertahan di hadapan pintu gol mereka sendiri.

Selepas babak pertama berakhir tanpa sebarang gol, Belanda kemudian bangkit dengan rentak sebenar pada babak kedua.

Tonggak pertahanan Jepun kelahiran Brazil, Tulio Tanaka terpaksa bekerja keras berikutan asakan bertubi-tubi Belanda.

Begitupun, usaha berterusan Belanda membuahkan hasil apabila Wesley Sneijder menyudahkan hantaran Robin van Persie pada minit ke-53.

Perancang Inter Milan itu bijak mengawal bola sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima.

Sebelum itu, van Persie memiliki dua peluang terbaik pada awal babak kedua yang menyaksikan tandukannya berjaya diselamatkan Kawashima sebelum dia sekali lagi gagal menggegar gawang Jepun menerusi percubaan voli yang cukup menarik.

Pemain gantian Belanda, Ibrahim Afellay juga terlepas peluang untuk meledak gol apabila percubaannya diselamatkan oleh Kawashima pada lewat perlawanan.

Ketika masa sebenar hampir tamat, pemain gantian Jepun, Shinji Okazaki berpeluang menyamakan kedudukan, namun percubaannya melepasi palang gol Belanda. – AFP

0 comments: