I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 13, 2010

Mereka Mendengar Tapi Pekak, Mereka Melihat Tetapi Buta.

  
Dan diantara mereka ada yang MENDENGARKANMU. Apakah Kamu dapat menjadikan orang-orang TULI itu mendengar walaupun mereka tak mengerti.


  
Dan diantara mereka ada yang MELIHAT kepada Mu. Apakah Kamu dapat memberi petunjuk kepada orang yang BUTA walaupun mereka tak dapat memerhati. 


Salam Perjuangan! 
Sahabat kali ini kita lihat penawar hati dari Al-Quran, Surah Yunus ayat 42 & 43. Walaupun mereka ini MENDENGAR apa jua ajaran Rasulullah S.A.W. namun mereka tidak menerimanya. Walaupun mereka ini MENYAKSIKAN sendiri tanda-tanda kebenaran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. tetapi mereka tidak mahu mengakuinya. Inilah yang pernah dilalui oleh Rasulullah S.A.W.  ketika perjuangan meninggikan kedudukan Islam di muka bumi ini.

Begitu juga dalam perniagaan kita. sedangkan ISLAM yang begitu HEBAT, BENAR dan Datang dari TUHAN yang MAHA AGUNG pun ada yang tolak, inikan pula perjuangan kita yang kecil ini. Sudah tentu ada yang menerima dan ada pula yang menolaknya. Jadi tak perlulah kita frust, kecewa dan sebagainya kerana itu sudah menjadi fitrah atau lumrah dalam kehidupan sebagai seorang pejuang.

Mereka ini mendengar apa yang kita ucapkan malah mereka faham apa yang kita terangkan tetapi mereka seolah-olah tidak mendengarkannya. kerana Allah SWT belum membukanya untuk menerima peluang yang kita berikan. Mereka ini melihat tanda-tanda kejayaan kita. mereka melihat kereta kita, mereka lihat kekuatan kita dan mereka lihat berapa ramai orang berjaya dengan kita tetapi seolah-olah ada satu dinding yang menghalang penglihatan mereka.

Jadi Sahabat! Janganlah Bersedih, Tak perlu bersedih kerana ianya bukan benda pelik! ia sekadar perkara yang perlu kita lalui kerana Nabi Kita Muhammad S.A.W. juga melaluinya. Semua kejayaan terletak kepada pertolongan Allah S.W.T. kerana ditangannyalah hati-hati manusia ini berada. Jadi rapatkan diri kita dengan Allah S.W.T. dan sentiasalah meminta serta mengharapkan bantuan dariNYA. InsyaAllah. 

Semoga ada manfaat. Salam

0 comments: