Gelombang Q7, benar-benar membuat saya gembira dan melupakan semua masalah yang berlaku. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. yang telah mengizinkan kita untuk meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan agama yang kita junjung selama ini. Alhamdulillah! Disebalik kesulitan ada kemudahan dan bukan setakat 1 kemudahan sebaliknya ada 2 kemudahan. InsyaAllah! saya nampak dengan jelas KEBESARAN ALLAH SWT dalam ayat surah Alam Nasyrah ini. renung-renungkanlah!
Baiklah ! Sahabat! Kita mula penjelajahan untuk membuka kunci pertama Pertolongan Allah S.W.T.dengan perkara yang paling MUDAH terlebih dahulu, TAK PERLU MODAL! 1 Sen tak cuit duit gaji (hii hii hii, mcm convince project plak).
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Sahabat! Islam meletakkan betapa pentingnya niat sehinggakan ia menjadi penentu kepada diterima atau tidaknya sesuatu amalan. Jadi atau tak Jadi? dapat atau tak dapat? Berjaya Atau Gagal? Menang Atau Kalah? Ikhlas atau Tak Ikhlas? semuanya duduk di niat kita? Kalau kita solat sekalipun tetapi kita tidak berniat untuk solat maka solat itu hanya menjadi senaman atau aktiviti spontan tanpa kesedaran. Hadith diatas dengan jelas menunjukkan Kenapa saya katakan begitu?
Niat juga penentu kepada berlakunya sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita ingin lakukan. Bila kita pergi ke kedai makan untuk makan tengah hari sudah tentu kita sudah memasang niat untuk berbuat demikian. Bila kita hendak pulang ke rumah dari pejabat sudah pasti ada lintasan dihati kita (niat) untuk berbuat demikian.
Begitulah letaknya kepentingan niat itu dalam kehidupan kita! Hari ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua berfikir kembali kepada perkara pokok yang telah kita lupai atau tinggalkan atau sudah kita tidak perasan lagi kerana menganggapnya sebagai suatu kebiasaan dalam aktiviti harian kita. Percayalah sahabat niat penting dalam perjuangan kita untuk mencapai matlamat menjadi jutawan yang beriman. SUDAH KAH kita memasang NIAT untuk menjadi JUTAWAN? belum lagi? terlupa? atau tak perlu? tak penting?
Sahabat! bagaimana nak jadi jutawan kalau NIAT pun kita tak mampu nak lakukan. Apatah lagi nak jadi jutawan beriman lagilah perlukan NIAT. Bagaimana Allah SWT nak tolong kita jika kita sendiri tidak bersungguh untuk mendapatkannya? Sahabat! untuk mendapat pertolongan Allah SWT seperti yang sebutkan dalam artikel sebelum ini, kita memerlukan keyakinan dan kepercayaan sepenuhnya pada diri kita dan yang paling penting keyakinan kita kepada kekuasaan ALLAH SWT. Jadi dalam bab niat ni pun PERCAYA itu juga memainkan peranan yang besar.
Niat itu mesti perlu dibuat dalam keadaan yakin dan percaya bahawa kita mampu untuk mencapainya. Ini bermakna kita tidak boleh was-was. Baiklah! mari kita lihat peranan niat dalam Solat misalnya. Niat mestilah dibuat dalam keadaan yang amat yakin bahawa sudah masuk waktu untuk solat tersebut kemudian yakin sudah bersedia dari segi wuduknya dan persiapannya, mesti jelas jenisnya, bilangan rakaatnya dan akhir sekali untuk siapa atau kerana apa kita nak melakukannya. Jika tidak maka itulah yang selalu kita lihat ada sahabat-sahabat kita yang mengangkat takbirratul ihram berkali-kali, kenapa? kerana dia was-was dalam niatnya.
Begitulah juga dalam usaha kita untuk menjadi jutawan ini, ia tidak akan menjadi realiti kalau kita langsung takde niat untuk mencapainya dan kita akan tersangkut-sangkut jika kita bersifat was-was pada niat kita.
Sahabat berniatlah dengan IKHLAS dan BENAR. Semoga Allah SWT akan memberi kita pertolongan yang bukan sedikit, InsyaAllah semua yang baik itu datang dari Allah SWT dan cacat serta cela itu datang dari kesilapan dan kelemahan saya. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Wassalam

0 comments:
Post a Comment