Salam Perjuangan!
Sahabat! pernahkah kita lihat orang yang hendak solat tetapi terpaksa memasang niat serta mengangkat takbir ratul ihram berkali-kali? Agak-agak apa puncanya? Ya betul! Was-was atau ragu-ragu. Satu tindakan yang menjadi lawan kepada PERCAYA, YAKIN atau lebih jelas lagi ia disebut sebagai IMAN.
Bagaimana perasaan kita bila melihat mereka yang berada dalam keadaan ragu-ragu ini? Amat tidak selesa betul tak? Rimas kita melihatnya. Itu kalau dalam solat tapi kalau was-was dalam perniagaan kita ni, macam mana pulak? Kejap nak masuk! Kejap Tak Jadi! Saya Minat tapi........? Saya bukan tak nak masuk tapi takut gagal? dan macam-macam lah lagi alasan yang diberi. Semua itu tanda orang itu berada dalam keadaan was-was atau ragu-ragu.
Itu masa nak join! Ada pula yang terkena penyakit was-was ni selepas join. Ini lagi parah! kalau dalam solat maka solat tu buleh rosak begitu juga dalam perniagaan kita ini, ia boleh menyebabkan perniagaan yang dibina kembali kepada kedudukan yang lebih menuju kegagalan daripada kejayaan. Hairan juga kita macam mana boleh jadi macam tu. Sebahagian besar sebab mengapa terjadinya was-was selepas join ni adalah kerana kebanyakan dari kita menggunakan khidmat konsultan tak bertauliah (hee hee hee). gelak-gelak juga tapi itu lah yg berlaku. Kita suka sangat bertanya pada orang yang tak tahu.........sahabat! kerja buat kita tadi tu sebenarnya bercanggah dengan apa yang Allah SWT sarankan dalam Al-Quran yang agar kita bertanya kepada yang tahu bukan yang tak tahu tapi berlagak tahu.
Sahabat! walaupun sudah 4 bulan kembali dari Tanah Suci Mekah tetapi terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan yang sentiasa bermain serta memanggil-manggil untuk kembali ke sana lagi. Sahabat! sepanjang berada di 2 Tanah Suci iaitu Mekah dan Madinah, terlalu banyak pengalaman atau contoh yang menunjukkan bahawa jika kita was-was atau ragu-ragu maka kita tidak akan mencapai apapun matlamat atau tujuan yang kita impikan. Jadi kalau kita ingin berjaya maka kita tidak lagi mempunyai pilihan selain daripada perlu menanamkan keyakinan bahawa kita sememangnya boleh berjaya dan tidak ada "KALAU" atau "TAPI" atau "ALASAN" lagi.
Sahabat! Salah satu punca kita jadi was-was adalah kerana kita pakai khidmat KONSULTAN tadi tu dan juga kita selalu melihat kepada persekitaran kita yang negatif. Contohnya Kita membandingkan usaha kejayaan kita dengan melihat rakan-rakan kita yang dah join tapi tak jadi tetapi sebaliknya kita tidak pernah mengkaji bagaimana pula dengan rakan-rakan kita yang join dan MENJADI-JADI. Akhirnya kita buat kesimpulan bahawa kalau aku join projek ni maka aku juga akan gagal.
Jom kita mulakan siri pengajaran dari 2 Tanah Suci ini! Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang belum pernah ke Tanah Suci Mekah, situasi di sekitar Kaabah ni sememangnya sentiasa dipenuhi oleh manusia yang sedang mengerjakan tawaf sama ada tawaf umrah, haji atau tawaf sunat. Setiap kali kita hendak masuk untuk mengerjakan tawaf maka pasti anda akan melihat ratusan ribu orang yang sedang bergerak mengelilingi Kaabah & fikiran kita akan mula merasakan kesukaran, kesesakan, leceh, malas, berhimpit, tak boleh nak jalan, bau macam2 dan macam-macam lagi yang kita fikirkan.
Begitu juga jika kita ingin solat atau berdoa di HIJR ISMAIL! Suasananya sangat sesak. tempatnya kecil sahaja orang pulak ramai, berpusu-pusu, bertolak-tolak, hati mula berkata "Boleh ke aku masuk ni? klu nak masuk pun tak boleh inikan nak solat? Itulah yang bermain dlm fikiran kita.
Satu lagi tempat yang memang takkan kosong adalah di Hajar Aswad. memang penuh, memang sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, maka hati kita akan berkata-kata "mana mungkin aku mencium hajar aswad kalau orang ramai macam ni? boleh cedera ni? macam-macam lagi.
Itulah perasaan ragu-ragu yg kita alami untuk mendapatkan amal ibadah yang sempurna. Semua itu adalah akibat kalau berfikir secara logik maka ia jadi tak logik dan tak masuk akal akhirnya menjadi ragu-ragu. Formula nak mengatasi ragu-ragu ini sebenarnya mudah sahaja iaitu buat ajer atau "M"asuk "Jer" jangan fikir banyak sangat lagipun semua dah jelas. Lakukanlah dengan bersahaja sebagaimana niat solat kita iaitu "Sahaja aku........" . InsyaAllah semua menjadi-jadi.
Satu lagi formula untuk menghilangkan ragu-ragu ini adalah tekad atau matlamat @ keinginan yang betul2 kuat dan nekad. InsyaAllah tidak ada lagi keraguan dalam diri kita. tanpa ragu-ragu maka setiap pekerjaan kita dapat kita sudahi dengan mudah dan InsyaAllah akan menghasil hasil yang amat membanggakan.
Takat ni dulu, InsyaAllah kita jumpa lagi dalam nukilan yang lain pula. Wassalam

0 comments:
Post a Comment