Salam Perjuangan!
Aduh terasa gak letih, bila bergerak ke seluruh negara tetapi apabila memikirkan bahawa MyJ masih mempunyai misi untuk menawan Malaysia 2010 maka saya rasa terpaksa letak tepi dulu keletihan itu. Sepanjang januari 2010 ini kita telah selesai mengadakan 4 MBS iaitu di JB,Melaka, Ipoh & Kuching. Tahniah kepada semua Pengarah Program. Februari ini kita akan teruskan jelajah MBS kita ke pantai timur iaitu Teengganu (6-2-10) dan Kelantan (20-02-10). Kepada semua rakan kongsi yang ingin turut serta sila beri respon segera.
OK! kita balik kepada tajuk kita pada hari ini iaitu "Segalanya Bermula Dengan Percaya", saya rasa pernah tulis ttg tajuk ini tapi malas nak tengok archive jadi citer balik semula.
Sahabat! tidak akan berlaku satu pun tindakan kita jika kita tidak percaya bahawa kita mampu melakukannya. Kita tidak akan mampu mengangkat tangan kita kalau kita tidak yakin bahawa kita boleh melakukannya. Cerita bab tangan ni saya teringat dengan seorang CDM Hebat MyJ iaitu CDM Abang Hasyim dari Sarawak. Beliau selalu bercerita tentang keupayaan beliau untuk 'melekatkan tangan orang di atas meja dengan satu tepukan sahaja' . beliau juga mampu untuk keraskan orang seperti yang dilakukan oleh dr muhamad bin jantan. Wah! hebat tu? tetapi sahabat-sahabat semua tahu apa yang sebenarnya dilakukan oleh kedua-dua insan hebat ini? Ya! mengawal sistem kepercayaan orang tersebut. Macam mana ? PERCAYA? kalau tak percaya sila daftar diri anda untuk program MyJ Diamond Leadership Seminar (MDLS) pada 26,27 dan 28 Mac 2010 kerana CDM Abang Hasyim akan membuktikan kepada semua pejuang-pejuang MyJ bahawa sistem kepercayaan kita boleh dikawal dan amat berkuasa dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kita dalam usaha untuk menjadi usahawan jutawan yang beriman. InsyaAllah!
Beliau akan membentangnya di bawah tajuk "The Power Of Belief".Kita juga tidak akan melakukan sesuatu "USAHA" sekiranya kita tidak yakin dan percaya bahawa kita akan mendapat manfaat dari tindakan tersebut. Saya yakin kita tidak akan menggerakkan tangan untuk mencapai makanan lalu menyuapnya ke mulut jika kita tidak percaya bahawa dengan makan makanan tersebut boleh mengenyangkan kita. Kita juga tidak akan bersusah payah kita keluar rumah jam 7 pagi untuk pergi bekerja di pejabat yang mengambil masa 8 hingga 12 jam waktu bekerja jika kita tidak percaya bahawa dgn berbuat demikian itu maka kita akan diberi GAJI pada setiap hujung bulan.
Jadi wahai sahabatku! Sistem Kepercayaan kita amat2 penting dalam menentukan kejayaan kita sebagai pejuang-pejuang MyJ. Jika kepercayaan kita adalah 'gagal' maka gagallah kita sebaliknya jika kepercayaan kita 'berjaya' maka berjayalah kita. Rasanya bende ni kita selalu nyanyi, betul tak? 'Jika kau fikirkan kau boleh! kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu.' Ternyata kita syok dengar muziknya sahaja tetapi tidak menghayati senikatanya!
Sahabat! saya nak tanya sejauh mana PERCAYANYA sahabat semua kepada MyJ? BOLEH ke MyJ membantu merealisasikan IMPIAN anda menjadi Jutawan Beriman? Jawapannya bergantung kepada KEPERCAYAAN ANDA! Jika sahabat semua merasakan BOLEH maka PASTI (INSYAALLAH) BOLEH! Jika TAK maka USAHApun kita tidak akan buat apatah lagi untuk mencium bau KEJAYAAN.
Oleh sebab itu jugaalah, sebelum saya membuka kunci untuk menjadi jutawan beriman ini, saya ingin menyentuh terlebih dahulu tentang Sistem Kepercayaan kita terhadap 7 perkara yang akan saya bentang selepas ini. Maknanya tidak ada gunanya apa yang saya bentang itu selagi KITA tak mahu PERCAYA bahawa 7 Kunci itu benar-benar akan membawa kita kepada Jutawan Yang Beriman. Tidak guna sahabat semua duduk bersama MyJ jika sahabat tidak PERCAYA bahawa MyJ ada KUNCI untuk bawa sahabat semua menjadi seorang JUTAWAN Beriman.
7 perkara PENTING ini sememangnya akan membantu anda untuk mencapai kejayaan tetapi amat2 bergantung kepada sejuah mana sahabat mempercayainya. 7 PERKARA ini bukan boleh dinilai dengan LOGIK akal manusia kerana ia bukan datang dari manusia sebaliknya ia datang dari TUHAN yang MAHA ESA. 7 perkara ini InsyaAllah akan mengetuk malah mampu membuka pintu PERTOLONGAN ALLAH S.W.T. (Lihat Tajuk sebelumnya). Semua ini melibatkan IMAN kita kepada yang MAHA ESA.
Sudahkan sahabat semua bersedia untuk MEMPERCAYAI 7 PERKARA yang akan saya bentang selepas ini? Baiklah ! Semoga kerja buat kita mendapat Rahmat dari Allah S.W.T. dan sama-sama kita berdoa agar kita sentiasa disatukan hati, fikiran dan amal serta dipermudahkan semua usaha kta untuk mencapai kejayaan dalam MyJ, InsyaAllah. Tungguuuuuuuu. Wassalam

1 comments:
Alhamdulillah, semua pejuang My J beruntung kerana mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa dan berketrampilan, antaranya CDM Abg Hasyim yang telah memberikan sesi ceramahnya yang menyentuh jiwa dalam membangunkan jati diri di My J Advanced Seminar tahun lalu. InsyaAllah akan lahir tokoh sehebat Dr Mohd Jantan dari kalangan My J itu sendiri.
Post a Comment