I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 10, 2010

7 Kunci Menjadi Jutawan Beriman : Semuanya Berlaku Dengan Pertolongan Allah.



Salam Perjuangan!

Sahabat yang saya hormati semua! pada tulisan yang lepas saya cuba menjelaskan SUMBER  kepada segala bentuk kejayaan dan kekayaan yang kita impikan selama ini. Untuk kali saya ingin mengaitkan antara "KITA" yang inginkan KEJAYAAN dan KEKAYAAN dengan "ALLAH S.W.T." pemilik segala KEJAYAAN dan KEKAYAAN.

Siapa KITA ini disisi ALLAH S.W.T. ? "KITA" ini merupakan HAMBA kepada  ALLAH S.W.T.  dan ALLAH S.W.T. itu adalah satu-satunya TUHAN KITA. Jadi sebagai HAMBA sudah tentu KITA ini bersifat sangat LEMAH. Apabila kita dalam keadaan LEMAH maka sudah tentu kita mengharapkan PERTOLONGAN dari yang lebih KUAT.  Bleh faham ke ni? Maksudnya KITA ini sentiasa memerlukan PERTOLONGAN sebab kita LEMAH.

Baiklah! sekarang ini KITA dah faham bahawa KITA ini adalah seorang HAMBA yang LEMAH dan KITA sememangnya perlu meminta PERTOLONGAN. Persoalannya "Dari Siapa?". Sudah tentu dari ALLAH S.W.T. . Tetapi Kenapa ALLAH S.W.T.? kenapa tidak yang lain? Kerana TIDAK ADA PENOLONG untuk KITA melainkan ALLAH dan Kerana HANYA ALLAH SEBAIK-BAIK PENOLONG.

Betul ke kita ni LEMAH? cuba sahabat semua renungkan

"La Haula wa La Quwwata illa biLlah " yang maksudnya "Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah"

Bagaimana? sudah boleh nampak atau masih kabur gitu? maknanya "KITA tidak boleh angkat tangan, jika ALLAH tak izinkan", "KITA tak boleh berjalan, jika ALLAH tak izinkan", KITA tak boleh melihat, jika ALLAH tak izinkan", "KITA tak boleh buka mata, jika ALLAH tak izinkan", pendek kata "KITA ini tidak boleh buat apa sekalipun, jika tidak mendapat keizinan dan PERTOLONGAN dari ALLAH.

Sahabat tidak pernah melihat rakan-rakan yang tidak boleh menggerakkan tangannya? tidak boleh berjalan? tidak boleh melihat? sudah tentu jawapannya PERNAH. Jadi itulah kaitan antara "KITA" dan Tuhan Semesta Alam iaitu ALLAH S.W.T. yang saya cuba kupas untuk renungan sahabat semua.

Oleh itu sahabat semua! sekarang sahabat semua nak KAYA! betul? nak jadi JUTAWAN! betul? Tetapi kita ini tak mampu! kita ni lemah! jadi kita kena memohon PERTOLONGAN dari YANG MAHA MENOLONG iaitu ALLAH S.W.T..

Tetapi nak dapat pertolongan ALLAH  ini ada syarat dan ada KUNCInya. Inilah yang ingin kita bincangkan dalam "7 Kunci Menjadi Jutawan Beriman"........Tungguuuuuuu.......J

Salah dan Silap adalah kelemahan dari saya dan yang baik itu milik ALLAH....Tuhan kepada semua makhluk.....Wassalam.

0 comments: