Dah lama rasanya tak menulis, jadi kali ini saya ingin membuka satu lagi topik penting dalam misi kita untuk mencapai kejayaan Terbilang D' Dunia & Sejahtera D' Akhirat. Kali ini saya ingin membincangkan satu topik yang saya rasa penting untuk semua pejuang-pejuang MyJ iaitu Kunci Untuk Menjadi Jutawan Beriman. InsyaAllah kita akan bincangkan 7 Kunci atau Rahsia yang diambil dari sumber rujukan utama kita semua iaitu Al-Quran & Al-Hadith.
Sumber Kekayaan & Kejayaan
Sahabat! dari mana datangnya REZEKI yang sahabat2 perolehi selama ini?Dari mana datangnya REZEKI yang sahabat2 belanjakan untuk nafkah Anak dan Isteri? Adakah Majikan kita yang beri? Adakah Syarikat yang beri? atau Upline kita yang beri? Sudah tentu jawapannya TIDAK! Saya PASTI semua dari kita mempunyai jawapan yang sama iaitu dari ALLAH S.W.T.
Jadi apa yang perlu kita fahami disini adalah bahawa setiap REZEKI, KEKAYAAN dan KEJAYAAN yang kita sama-sama impikan, kehendaki dan tujui ini, merupakan HAK MUTLAK ALLAH S.W.T. . Sahabat! Walau sebesar zarah sekali kejayaan yang kita miliki hari ini! sudah PASTI dengan IZIN, KEHENDAK dan PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.
Sahabat! dari dulu hingga ke saat ini dan hari-hari seterusnya hingga KIAMAT, Allah S.W.T. belum pernah walau sekalipun memberi authority kepada sesiapapun dalam urusan pembahagian dan pengagihan REZEKI kepada Makhluknya. Saya amat berharap agar kita belajar MEMAHAMI perkara ini sebaik mungkin kerana disinilah letak asas kepada semua kejayaan didunia ini apatah lagi di akhirat kelak.
Segenap Pujian Bagi TUHAN yang MAHA BERKUASA dan MEMILIKI KESELURUHAN ALAM SEMESTA INI. Semuanya adalah milikNYA termasuklah diri kita yang merupakan hambaNYA yang kerdil lagi tidak berdaya ini.
Baiklah! Sahabat Seperjuangan Sekalian! Apabila kita hendak mencapai sesuatu, amat penting bagi kita mengenal pasti dari mana kita akan memperolehinya. Barulah mudah kita memperolehinya. Jadi sahabat, dimana punca atau sumber yang boleh menjadikan kita seorang yang BERJAYA, JUTAWAN dan yang lebih penting BERIMAN. Sudah semestinya ianya berSUMBER dari Tuhan Yang Maha Kaya, ALLAH S.W.T..
Oleh itu TUGAS kita wahai sahabat semua adalah kena cari KUNCI untuk membuka PINTU REZEKI & KEKAYAAN yang ALLAH S.W.T. telah khabarkan kepada kita melalui Al-Quran & Al-Hadith.
InsyaAllah! saya akan cuba mengupas sebaik mungkin 7 Kunci NAK JADI KAYA RAYA ini dalam siri-siri seterusnya.
Ok! Saya berhenti setakat ini dahulu. mengharapkan sahabat2 renung-renungkan PENGENALAN saya untuk sahabat semua dapat memahami 7 kunci kekayaan yang akan saya bentangkan selepas ini. Wassalam.

1 comments:
Assamamualaikum, CDM Dato', betul spt apa yg Dato' katakan rezeki adalah urusan Allah, cuma kita kena berusaha ke arah itu mengikut cara yg betul. Tak sabar saya nak tunggu apa yg Dato' nak utarakan selepas ini, tentu ramai yg tetunggu-tunggu apakah rahsia tersebut.
Post a Comment