I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 29, 2009

Lawatan Ke Hospital Melaka - Dekatkan MyJ Dgn Masyarakat


Salam Perjuangan!

Alhamdulillah! Sebenarnya sempena konvensyen & karnival MyJ 2009 pada 19 Dis 09 yg lepas, ada beberapa aktiviti yg dijalankan tetapi masih belum didedahkan kepada umum. Antaranya adalah Program Lawatan ke Wad Kanak-Kanak, Hospital Besar Melaka yang turut disertai oleh Y.B. Datuk Hjh Norpipah Bt Abdol yang merupakan Exco Kesihatan Negeri Melaka.

Lawatan yang dibuat secara formal ini telah berjaya membuka satu lagi ruang baru kepada masyarakat untuk mengenali apa itu MyJ secara lebih dekat lagi. Program berlangsung dengan jayanya. lebih 70 hamper telah disampaikan kepada pesakit-pesakit. Manakala RM 1,000 disumbangkan kepada pihak Hospital.

Rombongan YB Datuk Norpipah dan Pejuang-pejuang MyJ yang disertai oleh lebih dari 50 orang telah disambut oleh Pihak Hospital yang diketuai oleh Pengarahnya Datin Dr. Ranjit Kaur. Majlis diakhiri dengan Jamuan yang ditaja oleh pihak MyJ Konsortium Sdn Bhd. Berikut adalah gambar2 pada sesi lawatan tersebut.









Tuesday, December 22, 2009

TAHNIAH! Konvensyen MyJ 2009 Berakhir Dengan Penuh Kejayaan

Salam Perjuangan!

Alhamdulillah! setelah beberapa bulan bekerja keras untuk menjaya program sebesar konvensyen & karnival MyJ 2009, akhirnya kita mendapat result yang cukup membanggakan. Saya anggap ianya sesuatu yang amat-amat berbaloi. Ini membuktikan MyJ benar-benar HEBAT bukan sekadar berkata-kata tetapi tindakannya juga. Sudah tentu Kejayaan yang kita capai ini adalah HASIL KERJASAMA JITU PEMIMPIN2 Hebat MyJ bersama semua PEJUANG2 MyJ yang sentiasa berkerjasama dalam satu pasukan yang amat mantap. Saya berharap semua pejuang2 MyJ agar mengambil pelajaran daripada gerak kerja Konvensyen ini didalam mengatur strategi untuk mencapai kejayaan didalam Hai-O Marketing. Semoga 2010 menjadi tahun KEBANGGAAN MyJ InsyaAllah.

Ucapan RIBUAN TERIMA KASIH JUGA BUAT Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang sudi turun padang untuk bersama kita dalam menjayakan KONVENSYEN MyJ 2009. Akhir kata TAHNIAH! sekali lagi buat pejuang2 MyJ kerana kejayaan gemilang ANDA dalam KONVENSYEN 2009.