Alhamdulillah! Sebenarnya sempena konvensyen & karnival MyJ 2009 pada 19 Dis 09 yg lepas, ada beberapa aktiviti yg dijalankan tetapi masih belum didedahkan kepada umum. Antaranya adalah Program Lawatan ke Wad Kanak-Kanak, Hospital Besar Melaka yang turut disertai oleh Y.B. Datuk Hjh Norpipah Bt Abdol yang merupakan Exco Kesihatan Negeri Melaka.
Lawatan yang dibuat secara formal ini telah berjaya membuka satu lagi ruang baru kepada masyarakat untuk mengenali apa itu MyJ secara lebih dekat lagi. Program berlangsung dengan jayanya. lebih 70 hamper telah disampaikan kepada pesakit-pesakit. Manakala RM 1,000 disumbangkan kepada pihak Hospital.
Rombongan YB Datuk Norpipah dan Pejuang-pejuang MyJ yang disertai oleh lebih dari 50 orang telah disambut oleh Pihak Hospital yang diketuai oleh Pengarahnya Datin Dr. Ranjit Kaur. Majlis diakhiri dengan Jamuan yang ditaja oleh pihak MyJ Konsortium Sdn Bhd. Berikut adalah gambar2 pada sesi lawatan tersebut.
1 comments:
Tahniah My J kerana bukan sahaja tempat usahawan Melayu buat duit tapi juga platform untuk membantu yang kurang berkemampuan.
Post a Comment