I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 27, 2009

JOM KITA BERIMPIAN!





Salam Perjuangan!

Sahabat, semua orang ada impian tetapi kebanyakannya hanya tinggal mimpi tanpa menjadi REALITI. Bila mimpi-mimpi tak jadi, mimpi-mimpi tak jadi maka ada yang dah malas nak bermimpi atau berimpian. Kalau ini terjadi maka rugilah orang itu. ini orang yang dah putus asa atau putus harap.

Bagi mereka yang masih berimpian maka anda masih boleh berbangga kerana anda masih lagi berada dilandasannya cuma perlu diperbaiki dari sudut keyakinannya, tekadnya, nekadnya, tumpuannya (FOKUS), strateginya dan tindakannya.

Sahabat mari kita berimpian! bukan kena bayar! hari ini kita cerita pasal kereta! macam mana boleh? sahabat sekarang pakai kereta apa? saga, iswara, wira, kanch..., atau apa? mungkin tinggi sedikit.....vios, city, kia atau lebih dari itu? estima, wish, stream, c200k, e200k, 3 series, 5 series, CLS, S500 dan seangkatannya? tidak kiralah apapun kedudukan anda sekarang, saya tetap nak ajak sahabat2 semua untuk terus berimpian.

Sahabat, jangan matikan impian anda malah jangan HENTIKAN Impian Anda kerana tanpa impian anda tidak akan ada pembaharuan dalam kehidupan, kekal di takuk lama, dok macam tu jer lah jawabnya. Kuasa Impian sangat besar sahabat2 semua. Impian boleh menggerakkan kita dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. jadi BESARKAN IMPIAN anda mulai hari ini, sekarang ini juga! jangan bertangguh!

Hari ini saya nak cerita pasal impian saya! Saya akan pastikan pada bulan April 2010 saya akan memiliki sebuah kereta BMW X6 3.5L warna merah yang berharga RM 700,000.00. Untuk tujuan itu saya mesti berusaha untuk mendapatkannya. Saya mesti mengatur strategi untuk saya mendapatkannya. Langkah2nya seperti berikut :-

Bina Gambaran Dan Tumpuan

  1. Saya mesti yakin 100% tanpa ragu saya memang akan memiliki BMW X6 pada April 2010.
  2. Saya akan ceritakan pada orang di sekeliling saya agar mereka tahu itu adalah impian saya dan april 2010 adalah matlamat saya. agar ia menjadi kemestian bagi saya utk mencapainya (kalau tak malu saya sebab dah ceriter kat orang)
  3. Saya mula mencari gambar2 dan model kereta BMW X6, untuk menjadi koleksi saya yang membolehkan saya melihatnya sepanjang masa. Saya letakkannya sebagai wallpaper di notebook saya. agar ia sebati dalam kehidupan saya.
  4. Saya tulis perkataan BMW X6 di merata tempat agar saya dapat fokus padanya dan MENARIKNYA kepada saya. agar minda separa sedar saya bekerja untuk membawa kepada tercapainya impian saya.

Jadikannya Matlamat

  1. Saya tulis pernyataan matlamat saya. saya tulis secara terperinci satu persatu. Saya akan dapatkan maklumat model, tahunnya, ccnya, spesifikasinya dalaman serta luarannya. saya tulis juga tarikh saya nak capai matlamat saya.
  2. Saya membuat kajian tentang apa keperluan untuk membolehkan saya memiliki kereta tersebut! Berapa Harga? Berapa Downpayment? berapa R/Tax & Insuran? Berapa Pendapatan saya yang melayakkan saya untuk membuat pinjaman di bank? (Harga RM 700,000, D/Payment RM 70,000, R/Tax & Insuran RM 30,000, Pendapatan RM 30,000 / Bulan)

Atur Stategi & Tindakan

  1. Saya perlu memenuhi 4 keperluan yang saya bentangkan diatas. walaupun ianya ada 4 keperluan tetapi sebenarnya ianya hanya 1 sahaja yang perlu saya tumpukan iaitu pendapatan saya perlu sekurang-kurangnya RM 30,000 sebulan untuk membolehkan saya membuat pinjaman di Bank, kerana jika saya dapat capai pendapatan itu maka saya pasti akan dapat menyelesaikan ke-empat keperluan tadi. (saya ada masa 6 bulan untuk capai matlamat saya. jadi jika saya kumpulkan RM 17,000/bulan maka saya akan berjaya kumpulkan RM 102,000 maka ia cukup untuk bayar D/Payment, R/Tax & Insuran)
  2. untuk capai pendapatan Rm 30,000 sebulan saya mesti membuat jualan personal & kumpulan sebanyak 600,000 sebulan. saya mesti atur gerak kerja untuk diri sendiri dan kumpulan. Akhirnya saya dapat bilangan prospek yang perlu dan wajib saya jumpa sehari. saya juga sudah merancang berapa kali meeting untuk kumpulan dalam masa seminggu.
  3. saya akan menggunakan manual 50 senarai nama untuk gerak kerja saya. maka dari situ saya akan mula buat appointment untuk mendapat pertemuan dan persembahan. insyaAllah itu kerja asas yang perlu saya lakukan.

Perkukuhkan Fizikal & Mental

  1. Fizikal saya mesti sihat bagi memastikan gerak kerja yang telah diatur dapat dilaksanakan.
  2. Mental saya juga perlu mempunyai ketahanan. untuk itu saya perlu sentiasa berada dalam keadaan positif. jadi saya akan berkawan dgn orang yang mempunyai impian besar mcm saya supaya dia dapat membantu dan memberi galakan pada saya jika saya Down @ negatif.
  3. Saya juga akan membaca buku2 yang berkaitan serta kisah2 orang yg telah berjaya agar impian saya terus menjadi fokus walaupun ada cabaran yang melanda.

Ok sahabat! sekarang saya sedang bekerja untuk mendapatkan impian saya iaitu BMW X6. Kita tunggu dan lihat adakah saya berjaya atau tidak? ANDA BAGAIMANA? TAK TERINGIN UNTUK TURUT SAMA BERIMPIAN MCM SAYA? JOM KITA BERIMPIAN.

  1. Salam Perjuangan! Yang Baik Datang Dari Yang Maha Esa dan yang lemah datang dari kelemahan diri saya. Wassalam. Semoga bermanfaat.

0 comments: