Salam Perjuangan!
Sahabat2 pejuang MyJ yg sentiasa dalam ingatan. Semoga sahabat semua sentiasa gembira walaupun apa jua yg sahabat lalui kerana ianya akan membawa sahabat keluar dari semua permasalahan yg sedang sahabat alami. InsyaAllah. (Tak Percaya? Cuba Sahabat Semua Senyum! Macam Mana terasa tak perbezaannya?
Sahabat! peristiwa Uhud telah meletakkan satu tanda aras dimana setiap kemenangan dan kekalahan itu datang silih berganti, sebab itu jika kita lihat dalam sejarah perjuangan Islam maka kita akan lihat adakalanya kita menang dan adakalanya kita mengalami kekalahan. Ini juga menunjukkan bukan kemenangan dan kekalahan sahaja yang bersifat begini malah gembira dan sedih, senang dan susah, suka dan duka, bermotivasi dan tak bermotivasi (Down) dan banyak lagi semuanya akan datang silih berganti. ibarat roda kadang diatas dan kadang di bawah.
Ini Fitrah dalam kehidupan manusia, sebab itu Allah S.W.T. mengutuskan Rasulullah S.A.W. untuk menunjukkan kepada kita bahawa perkara ini merupakan satu lumrah bukan sesuatu yang pelik. Islam juga mengajar bahawa IMAN yang kita miliki juga bersifat demikian iaitu kadang2 naik dan kadang2 turun. begitu juga dengan amalan kita, motivasi diri kita, ingatan kita dan sebagainya. Semuanya bersifat silih berganti kadang2 ok dan kadang2 tak ok. Jadi sahabat masalah yang kita hadapi bukan sahaja berada di dalam MyJ! kalau kita tak buat MyJ pun kita akanmenghadapi masalah, jadi lebih baik kita buat MyJ! Usaha bersungguh-sungguh hingga jadi Jutawan. Betul Tak?
Jadi Sahabat! Jika kita ketika ini berada dalam kedudukan bermasalah, samada sedang sedih, berduka, down, susah, kalah dan sebagainya maka harus kita ingat bahawa ianya bukannya penamat kepada kehidupan kita! Kita kena berfikiran bahawa ini merupakan satu Titik Tolak kepada satu kejayaan yang lebih besar dan berharga. InsyaAllah dengan usaha dan gerak kerja yang istiqomah maka Allah S.W.T. akan menunjukkan kita jalan keluar menuju kepada cahaya kemenangan dan kejayaan yang kita impikan selama ini. InsyaAllah.
Sahabat! sebagai penawar kepada hati @ jiwa kita , dalam peperangan Uhud para pejuang Islam bukan dipimpin oleh seorang lemah sebaliknya ia dipimpin oleh seorang Rasul yang menyandang gelaran 'Kekasih Allah'. Jika difikirkan secara logik mana mungkin seorang yang disebut sebagai kekasih Allah boleh mengalami kekalahan? Mana mungkin seorang yang bernama 'Kekasih Allah' boleh susah, cedera dan mengalami kesakitan yang amat pedih? Namun sebagai panduan untuk kita wahai sahabatku sekalian, Rasulullah S.A.W. telah melalui semua itu dengan tabah dan ketenangan.
Namun begitu apa yang lebih penting adalah uhud merupakan satu Titik Tolak kepada kejayaan Umat Islam selepas itu. Cuba sahabat perhatikan sejarah peperangan selepas itu yang telah dimenangi umat Islam.
Jadi para sahabatku semua! letakkan harapan serta yakinlah bahawa Allah S.W.T. akan memberikan kita kemenangan selepas ini InsyaAllah. Apa yang penting jangan biarkan kesedihan menguasai diri kita sebaliknya gantikan dengan harapan dan impian untuk menggapai kajayaan yang dijanjikan. InsyaAllah. Jangan meratap kerana selepas perang uhud Rasulullah S.A.W. telah melarang umatnya dari meratapi kematian (kesedihan). Ini bermaksud jangan biarkan diri kita berada didalam charge yang negatif . sebaliknya secepat mungkin kita tukarkan kepada Charge Yang Positif.
Ini yang selalu saya sebut sebagai FOKUS APA YG KITA MAHU JANGAN FOKUS KPD APA YG KITA TIDAK MAHU. Fikirkan tentang kejayaan dan buang jauh-jauh kisah kegagalan kita. InsyaAllah sahabat akan ketemu perbezaan dan perubahannya. Ameeen.
Akhir kalam , saya ingin mengingatkan caranya ialah apabila melihat nombor 700 maka sahabat setkan bahawa selepas ini adalah masa untuk berjaya atau untuk mencapai kejayaan bukan untuk bersedih apatah lagi berduka.
Yang baik datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri. Jumpa lagi pada Penawar 3 - 700 Uhud. Wassalam
Facebook hasilkan telefon pintar sendiri
6 days ago
0 comments:
Post a Comment