Salam Perjuangan!
Terpanggil untuk menjawab persoalan yg dibangkit oleh zaharin dan sahabat2 yg lain tentang sukarnya nak dapat prospek serta besar dan banyaknya cabaran didalam usaha untuk berjaya. Suka saya nyatakan bahawa in sebenarnya bukan permasalahan sebenar! perkara ini merupakan persoalan lazim dari rakan kongsi baru mahupun lama. Apa yang lebih penting ialah ianya bukan sahaja berlaku jika kita buat MyJ sahaja malah tidak kira apa jua yg kita lakukan sudah tentu akan berlaku perkara-perkara seperti ini, cuma bentuknya sahaja yang berbeza.
Result nya sudah tentu kita akan merasa sedih, down, frust, kecewa, gelisah, takut dan sebagainya. Tetapi ini bukan terlalu penting! apa yang lebih penting adalah berapa lama? BERAPA LAMA kita nak berada di situasi seperti diatas?
Baiklah sahabat semua! hari ini saya ingin berkongsi bagaimana nak menggunakan nombor 700 untuk menghilangkan rasa sedih, down, frust, kecewa, gelisah, takut dsb yang kita alami. Inilah antara kelebihan kita kerana setiap apa yg kita buat ada makna dan fungsi yang telah disusun dengan rapi dan sempurna. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah menganugerahkan 700-Uhud kepada kita.
Apabila sahabat melihat sahaja nombor 700, terus sahaja sahabat bayangkan atau gambarkan sahabat berada bersama-sama Rasulullah S.A.W. di pertempuran di Bukit Uhud. Sahabat bayangkan bertapa sudah dan sukarnya Rasulullah S.A.W. dan para sahabat beliau ketika itu.
Bermula dengan pengkhianatan besar kepala munafik Abdullah Bin Ubai Bin Salul yang menarik diri dari angkatan tentera Islam ketika itu dari 1000 orang kepada 700 orang sahaja. Kemudian diikuti dengan pelanggaran strategi yang telah baginda atur sehingga menyebabkan musuh berjaya menyerang serta menggempur kedudukan tentera Islam ketika itu apabila sebahagian besar tentera yang telah ditugaskan dibukit pemanah telah bertindak meninggalkan kedudukan mereka setelah melihat harta yang banyak.
Akibat dari pelanggaran strategi, maka seramai 70 orang sahabat telah gugur syahid. Ramai yang cedera termasuk Rasulullah S.A.W. yang luka teruk serta patah gigi terkena tikaman, panahan dan penentangan yang cukup hebat. Rasulullah S.A.W. kehilangan ramai orang sahabat termasuklah bapa saudara beliau iaitu Saidina Hamzah, yang mana mayatnya di robek, di potong dan disiat-siat. ada dikalangan para sahabat yang lukanya sahaja melebihi 70 tetakan seperti Annas bin An-Nadhr. Cuba kita bayangkan betapa sedihnya nabi ketika itu, betapa downnya Nabi ketika itu dan betapa kecewanya baginda sehingga Allah S.W.T. telah menurunkan ayat Quran untuk menenangkan Baginda Rasulullah S.A.W. dan para sahabat2 beliau ketika itu. Dapatkah kita bayangkan siatuasi Rasulullah S.A.W. pada ketika itu.
Sahabat2 Semua! Peristiwa kekalahan di Uhud sememangnya amat-amat menyedihkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat beliau ketika itu. Sedihnya baginda sehingga baginda menitis air mata. sedihnya baginda sehingga baginda bersumpah untuk membalas kembali apa yang telah diperlakukan kepada bapa saudara baginda Hamzah. Pendek kata Uhud benar-benar menyedihkan buat Baginda Rasulullah S.A.W.
Dapatkah Sahabat2 semua rasakan? Baiklah sahabat persoalannya! besar sangatkah apa yang kita alami hari ini? susah sangatkah apa yang kita lalui hari ini? besar sangatkah cabaran yang kita lalui hari ini? cederakah kita ketika pergi jumpa "Prospek"? Lukakah kita ketika melakukan "Presentation"? Patahkah gigi kita? Terkena Panah ke kita? Terkena Pedangkah kita?
Saya biarkan sahabat untuk menjawab persoalan2 itu, dan saya amat percaya bahawa sahabat mula faham bahawa apa yg kita lalui ini terlalu kecil dan tidak menjejaskan kedudukan kitapun. Jadi sahabat sedih itu biasa tapi jangan biarkan ianya lama kerana ia akan mempengaruhi gerak kerja dan result kita yg seterusnya. Jika sahabat sedang bersedih pandang nombor 700 pada kereta atau dimana yg anda boleh lihat dan mulakan proses pemulihan semangat anda dengan penawar 1 700-uhud. InsyaAllah ianya melegakan dan memulihkan semangat juang kita.
Akhir kalam, sahabat boleh amalkan doa ini sebagai panduan dari Rasulullah S.A.W. pagi dan petang
Facebook hasilkan telefon pintar sendiri
6 days ago
0 comments:
Post a Comment