I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 3, 2009

MJ- Kau Terbilang D Dunia

Salam Perjuangan!

Sahabat, hari ini kita nak bincang tentang dua huruf yang cukup popular sejak sekian lama apatah lagi dalam 3 minggu kebelakangan ini, iaitu 'MJ'. Saya pasti apabila melihat dua huruf ini sahabat akan terus sahaja teringat tentang Raja Pop Lagenda Michael Jackson Yang baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Beliau seorang manusia yang hebat kerana pengaruh yang cukup luar biasa terhadap lagu-lagu beliau. atau paling tidak bila namapak dua huruf ini, sahabat teringat tentang motivator yang selalu bersama kita iaitu Dr Hj Muhammad Bin Jantan (Dr 'MJ')

Namun saya bukanlah insan yang berminat untuk membicara tentang lagenda pop ini tetapi saya amat berminat dengan satu 'MJ' iaity MyJ Project yang iInsyaAllah juga akan mengikut jejak langkah lagenda pop 'MJ' untuk menjadi Terbilang D Dunia, InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T.

Sahabat! kenapa dua huruf 'MJ' menjadi pilihan saya kali ini kerana ia mempunyai makna yang amat berharga untuk kita jadikan panduan serta ingatan. InsyaAllah. Ia merupakan terjemahan kepada gerak kerja dalam MyJ dalam usaha melahirkan usahawan yang terbilang di dunia dan sejahtera di akhirat yang memenuhi ciri Rahmatan Lil 'Alamin. InsyaAllah. Sahabat Sudah Bersedia? Baik, Jom kita mula.....

Sahabat! nak berjaya dalam MyJ 'M'udah 'J'er ('MJ'), langkah pertama kena 'M'ula 'J'er ('MJ'). Selepas itu gerak kerja pertama yang perlu dilakukan adalah 'M'esti 'J'emput ('MJ') prospek untuk hadir ke MPP atau ringkas cerita kena buat Appointment.

Selepas buat appointment! kita 'M'esti 'J'umpa ('MJ') prospek tersebut. Disini kita 'M'esti 'J'aga ('MJ') beberapa perkara. Nak jaga apa? 'M'asa 'J'er ('MJ'), jangan sampai tak tepati masa. selain dari itu kita mesti juga jaga penampilan dan tingkah laku serta budi bahasa. Semasa jumpa prospek kita mesti buat presentation. dan presentation kita 'M'esti 'J'elas ('MJ') kerana kalau tak jelas bagaimana mereka hendak Join kita.

Selian dari itu kita juga 'M'esti 'J'ujur ('MJ') dalam setiap perkataan yang kita ucapkan kepada prospek kerana prospek sedang memerhatikan setiap tingkah laku dan percakapan kita. jangan sekali-kali berbohong. Selepas itu kita buat Closing, InsyaAllah jika niat kita Ikhlas hendak bantu prospek kita InsyaAllah, mereka 'M'esti 'J'oin ('MJ') punya. InsyaAllah 'M'esti 'J'adi ('MJ').

Sahabat! saya amat yakin sahabat semua 'M'ampu 'J'adi ('MJ') dan 'M'emang 'J'adi ('MJ'), InsyaAllah! sebab kita diciptakan sebagai makhluk yang hebat, jadi mengapa kita tidak boleh berjaya. Apa yang penting diri sahabat sendiri mesti 'M'ahu 'J'adi ('MJ'), kerana kejayaan terletak pada diri sahabat sendiri. Upline, Sistem dan Kumpulan hanya dapat membantu mempercepatkan usaha kejayaan sahabat semua.

Sahabat! Allah S.W.T. mengajar kita, kalau kita berhajatkan sesuatu! 'M'inta 'J'er ('MJ') InsyaAllah Allah S.W.T. akan tunaikan. maksudnya mesti berdoa, minta kepada Allah S.W.T. dijamin dapat. Jadi tunggu apa lagi? Doa sahaja tidak cukup maka ia mesti diikuti dengan perancangan, usaha dan tindakan, InsyaAllah 'M'esti 'J'adi punya. Jadi apa? Jadi Jutawan ler.

Baiklah! nak jadi jutawan mesti ada 'M'inda 'J'utawan ('MJ'), 'M'inda 'J'uara ('MJ'), 'M'inda 'J'aguh ('MJ'), 'M'inda 'J'agoan ('MJ') dan 'M'inda 'J'ohan. kerana minda seorang jutawan tidak sama dengan minda orang biasa-biasa.

Formula nak jadi jutawan bukannya susah, perlu ada 'M'inat 'J'er ('MJ'). Mula2 kita 'M'impikan 'J'er ('MJ'), selepas itu kita jadikan matlamat. matlamat 'M'esti 'J'elas ('MJ') barulah ia akan menjadi Nyata.

Emmm! macam mana sahabat Ok tak? Boleh Faham Ke? baiklah harapan saya agar sahabat semua jangan toleh kebelakang lagi , kiri pun jangan kanan pun jangan lupakan sengketa antara kita ayuh kita mulakan sesuatu yang amat berharga untuk diri kita dan keluarga. Teruskan Usaha, tajamkan minda, perkukuhkan perjuangan kerana hidup ini 'M'esti 'J'ihad ('MJ'). Ayuh jangan berlengah lagi jadikan perjuangan kita ini sebagai satu cabang jihad untuk mengubah nasib bangsa dan agama InsyaAllah. MyJ = 'M'y 'Jihad' (Jihad didalam Bidang Ekonomi) InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T.

Sekian untuk kali ini semoga ada manfaat yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Wassalam.

0 comments: