I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 24, 2009

Selamat Berseminar Kepada Pejuang-Pejuang MyJ

Salam Perjuangan!

Saya ingin mengucapkan selamat berseminar selama 3 hari 2 malam kepada lebih kurang 100 orang pejuang-pejuang MyJ dari seluruh negara yang menghadiri MyJ Advance Seminar (MAS) Kali Ke 2 untuk Tahun 2009.

Saya amat yakin bahawa sahabat semua akan mendapat manfaat yang tidak terhingga sepanjang kita berada di The Mines Resort & Spa. MAS merupakan salah satu modul yang terdapat dalam MyJ Smart To Success System (S2S). 

Program ini bermatlamat untuk membina keyakinan serta memperkenalkan Konsep, Identiti, Asas Perjuangan serta menjana idea-idea baru untuk diketengahkan dan diguna pakai demi untuk memastikan MyJ terus relevan sebagai medan Jihad Ekonomi kita semua. InsyaAllah.

Alhamdulillah! 

malam ini dewan sudah pun penuh dan kami semua sedang mendengar taklimat tentang Konvensyen & Karnival MyJ 2009 yang akan diadakan pada 19 & 20 Disember 2009. Jadi InsyaAllah, saya menyeru sahabat2 pejuang2 MyJ semua agar beramai-ramai untuk meraikan ulang tahun MyJ untuk tahun 2009 ini agar berjaya dengan penuh gilang gemilang.

Sahabat semua sudah boleh merancang perjalanan tidak kira melalui apa? yang dekat dengan kereta yang jauh dengan bas yang di malaysia timur dengan kapal terbang. jadi rancanglah perjalanan sahabat! pastikan kita hadir di majlis kita itu.

Salam Perjuangan Untuk Semua. Wassalam.

0 comments: