I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 23, 2008

Punca Gagal Dalam Perniagaan

Assalamu 'alaikum,

Sahabat yang di kasihi, kali ini saya cuma nak bagi sedikit tips yang sempat saya catat ketika menghadiri seminar Prof Hj Hanim Mohd Tahir tentang kenapa atau punca seseorang itu gagal dalam perniagaannya atau apa yang diusahakannya.

  1. Kalah dengan kritikan
  2. Mudah kecewa (jiwa yang rapuh)
  3. Tak Sabar (Nak Cepat Kaya)
  4. Malu Tak Kena Tempat
  5. Tidak mendengar nasihat mentor
  6. Tidak mendengat pandangan prospek
  7. Tidak percaya pada diri sendiri.
  8. Tak Mahu belajar
  9. Cepat Berpuas hati dengan pencapaian
  10. Bersikap Negatif

Moga ianya bermanfaat untuk sahabat semua. wassalam.

Sunday, July 13, 2008

JANGAN BUNGKUS MASALAH

Saya mohon maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini. Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana mengurniakan saya kesihatan, kejayaan dan kekayaan, tetapi apa yang lebih penting adalah SAHABAT-SAHABAT yang ALLAH SWT kurniakan kepada saya yang menjadi tunggak kekuatan saya InsyaAllah. Sahabat2 yang susah dan senang BERSAMA. Saya teringat sebuah perumpamaan dari hadis NABI S.A.W. yang mengatakan bahawa kawan yang baik itu ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi. paling tidak bau yang wangi akan melekat pada kita. Sebaliknya kawan yang tidak baik pula adalah ibarat pembuat besi. Samada bau busuknya melekat pada kita atau baju kita akan terbakar akibat apinya"

Saya sebenarnya kini berada di Kuching, Sarawak, berjumpa dengan semua rakan kongsi yang sudi bersama. Sepanjang 3 hari saya berada d sini saya amat bangga mereka yang pada pandangan saya memiliki PAKEJ untuk BERJAYA. Saya ucapkan TAHNIAH pada sahabat-sahabat di Kuching. Saya doakan anda semua mencapai KEJAYAAN yang BERTERUSAN, INSYAALLAH.

Sahabat Yang D Hormati, kita jangan lari dari masalah kerana masalah tidak akan berhenti datang kepada kita. Masalah akan sentiasa datang kepada kita tidak kira sama ada kita NAK ATAU KITA TAK NAK! Tidak kira KITA BERNIAGA ATAU KITA MAKAN GAJI! Jadi sekali lagi saya tekankan kepada sahabat semua JANGAN LARI DARI MASALAH. MASALAH bukan untuk kita takuti tetapi satu benda yang perlu kita lalui dan hadapi sebelum kita mencapai sebuah KEJAYAAN.

Oleh kerana kita tak boleh lari dari MASALAH dan kita kena hadapinya maka saya ingin menyentuh sedikit tentang cara kita nak menangani MASALAH. Percaya atau Tidak, kita selalu menjadikan masalah yang kecil menjadi BESAR. Kita selalu menjadikan suatu perkara yang BUKAN masalah menjadi MASALAH. PERCAYA atau tidak , kita selalu bungkus semua MASALAH kita menjadi SATU MASALAH YG SANGAT BESAR.

Jadi sahabat semua, apabila kita nak menyelesaikan sebarang MASALAH, jangan sekali-kali kita BUNGKUS MASALAH TERSEBUT dan kita SELESAIKAN SECARA PUKAL. Ianya satu kesilapan yang SANGAT BESAR. Sebaliknya sahabat semua apabila kita nak menyelesaikan masalah pertama sekali kita mesti mengenal pasti masalah tersebut dan puncanya kemudian barulah kita selesaikan satu persatu. InsyaAllah sahabat semua akan dapat melihat kesannya.

Saya rasa cukup sekadar itu dahulu, sekali lagi tabik hormat untuk sahabat2 di Kuching, teruskan PERJUANGAN ANDA DAN PASTIKAN KUCHING & SARAWAK MILIK ANDA. INSYAALLAH. Wassalam.